Thursday, January 10, 2013

Haruskah Datuk Lee Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh olimpik pada tahun 2016?

Saya berpendapat bahawa Datuk Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh olimpik pada tahun 2016 kerana Datuk Lee Chong Wei mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berlawan dan menang pada olimpik tahun 2016. Hal ini juga kerana kita tidak patut menghalang seseorang daripada menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa  dengan memenangi pingat dalam pertandingan. Faktor usia tidak menjadi penghalang untuk seseorang atlet badminton. Hal ini boleh dilihatkan menerusi atlet badminton Negara Denmark iaitu, Peter Gade. Beliau telah bersara pada tahun 2012 dengan usia 36 tahun. Yang mengerunkan ialah beliau telah masuk ke semi-final pertandingan badminton pada olimpik tahun 2012 di London dengan usia 36 tahun. Jadi sekiranya pada tahun 2016, Datuk Lee Chong Wei hanya berusia 34 tahun. Beliau masih boleh mewakili Malaysia menyertai pertandingan badminton dalam olimpik. Dan saya percaya dengan semangat cinta akan Negara dan jati diri yang kuat dalam beliau menyebabkannya mampu berlawan dalam olimpik lagi dan berbakti untuk Negara sekirannya keadaan dibenarkan. Walaupun beliau dikatakan patut bersara dan biar golongan yang lebih muda untuk bertanding,tetapi saya rasa sementara beliau berlatih,beliau juga boleh berlatih bersama mereka yang bakal menjadi juara badminton. Beliau juga boleh memberi semangat kepada mereka yang masih muda lagi. Oleh itu,saya berpendapat bahawa Datuk Lee Chong Wei harus dikekalkan sebagai jaguh olimpik pada tahun 2016.  

1 comment: