Sunday, April 7, 2013
Nike dan Oakley tamatkan kontrak tajaan Pistorius
WASHINGTON: Nike dan Oakley, dua syarikat Amerika Syarikat yang penaja Oscar Pistorius, menamatkan kontrak tajaan dengan wira olahraga Afrika Selatan itu berikutan tuduhan membunuh teman wanitanya.
Pistorius memperoleh berjuta-juta dolar dalam tajaan berkenaan namun pertuduhan membunuh yang menggemparkan seluruh dunia itu secara tidak langsung menjatuhkan imej penaja gergasi itu.
"Nike tidak mempunyai rancangan untuk Oscar Pistorius dalam kempen yang akan datang," kata seorang jurucakap bagi barangan sukan dan pengeluar pakaian, hari ini.
Tajaan kepada seorang lagi atlit, Tiger Woods, diteruskan walaupun beliau terbabit dengan skandal seks.
"Dalam dakwaan baru-baru ini, Oakley menggantung kontrak dengan Oscar Pistorius, berkuat kuasa serta-merta," kata syarikat itu dalam satu kenyataan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment