PEMAIN kebangsaan Faizal Saari, 21, telah menunjukkan pencapaian terbaik sepanjang penglibatannya dalam sukan hoki, menyebabkan namanya kini melonjak naik.
Faizal merupakan pemain kelab Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membantu pasukan kebangsaan mara ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia 2012 kali ke-7 di Melaka Mei lalu. Beliau pernah beraksi di Liga Perdana,Southern Hotshots di Australia tahun lalu membuktikan potensi yang positif dari masa ke semasa, pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan khidmat penyerang sensasi ini.Kejayaan Faizal telah membuka mata banyak pihak. Baru-baru ini dia telah menerima tawaran untuk beraksi dengan kelab Athletic Terrassadalam Liga Sepanyol.
Faizal merupakan pemain kelab Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membantu pasukan kebangsaan mara ke peringkat akhir Kejohanan Hoki Remaja Asia 2012 kali ke-7 di Melaka Mei lalu. Beliau pernah beraksi di Liga Perdana,Southern Hotshots di Australia tahun lalu membuktikan potensi yang positif dari masa ke semasa, pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan khidmat penyerang sensasi ini.Kejayaan Faizal telah membuka mata banyak pihak. Baru-baru ini dia telah menerima tawaran untuk beraksi dengan kelab Athletic Terrassadalam Liga Sepanyol.
Ikuti perbualan bersama Faizal dengan wartawan Sinar Harian Online, Siti Fatimah Muhammad Ali baru-baru ini.
SINAR HARIAN ONLINE: Sejak berita akan menyertai Liga Sepanyol, apakah perkembangan terkini?
Faizal:Buat masa sekarang saya sibuk dengan perlawanan Liga Malaysia. Saya ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan ini. Saya ingin membantu pasukan untuk meraih kemenangan, selain itu melalui pengalaman dan segala tunjuk ajar daripadajurulatih,akan saya jadikan bekalan dan persediaan awal sebelum beraksi di Liga Sepanyol nanti.
SINAR HARIAN ONLINE: Perkembangan lanjut mengenai keputusan untuk menyertai Liga Sepanyol?
Faizal:Sebelum ini ada berhubung dengan pihak di sana mengenai penyertaan saya di kelab Sepanyol itu,namun masih belum memberi sebarang kata putus. Saya masih belum berjumpa lagi dengan jurulatih kebangsaan yang baru, Paul Revington untuk membincangkan perkara ini. Saya difahamkan kelab tersebut telah pun memulakan saingan liga mereka bermula 9,10,11,12 September,tapi saya masih mempunyai tanggungjawab di sini, jadi saya memutuskan untuk menghabiskan dahulu semua perlawanan di sini dan baru membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.
SINAR HARIAN ONLINE: Perasaan Faizal apabila mengetahuimendapat tawaran tersebut?
Faizal: Tahun lepas saya pernah beraksi dengan kelab Australia dan kali ini saya mendapat tawaran untuk beraksi dengan kelab Sepanyol. Sememangnya saya gembira apabila ada pihak luar melihat pencapaian saya. Ini bermakna mereka mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa. Pada mulanya saya tidak mahu menerima tawaran ini kerana saya selesa beraksi di negara sendiri. Tetapi apabila rakan-rakan, ibu bapa dan keluarga saya memberi sokongan penuh, saya terus menerima dengan hati terbuka. Saya berfikir, saya akan menyahut cabaran tersebut dengan positif, selain itu saya akan beraksi dengan pengalaman yang saya ada dan secara tidak langsung saya dapat belajar dan mengutip pengalaman di sana nanti. Apabila saya menamatkan kontrak di sana,saya akan berkongsi semua pengalaman dan ilmu yang saya dapat dengan atlet-atlet lain sebagai satu input baru, mungkin dapat meningkatkan potensi masing-masing.
SINAR HARIAN ONLINE: Perancangan masa terdekat?
Faizal:Saya ingin memberi kejuaraan untuk TNB kerana dalam tempoh tiga tahunlalu,kelab ini belum meraih kejuaraan. Saya ingin memberi tumpuan yang penuh untuk perlawanan ini. Selain itu,saya ingin beraksi dengan lebih baik dari sebelum ini untuk meningkatkan potensi diri dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada. Saya mengikat kontak tiga tahun dengan TNB, jika saya tidak terlibat dengan mana-mana perlawanan,saya akan kembali bekerja di pejabat.
SINAR HARIAN ONLINE: Perancangan jangka panjang?
Faizal:Semestinya saya ingin beraksi di Liga Sepanyol, saya ingin membuat persediaan dari semua aspek termasuk fizikal dan mental sebelum pergi ke sana. Saya juga berhasrat untuk memberi kejuaraan demi kejuaraan dan meningkatkan mutu sukan hoki di Malaysia seiring dengan sukan lain. Selain itu,saya sudah membuat perancangan masa depan, seandainya negara sudah tidak memerlukan khidmat saya, saya akan bekerja terus dengan TNB.
SINAR HARIAN ONLINE: Cabaran sukan hoki berbanding sukan lain?
Faizal:Semua perkara mahupun sukan ada cabaran masing-masing, tapi bagi saya sukan hoki memerlukan ‘skill’kerana hoki merupakan satu sukan yang pantas dan agak sukar sekiranya tiada asas dalam sukan ini, bagi yang meminati untuk menceburi sukan ini memerlukan persediaan yang cukup. Namun bakat dapat diasah jika kita berusaha keras dan sanggup melalui cabaran akan datang, yang penting minat mesti ada.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah sukan ini dapat menjamin masa depan?
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah sukan ini dapat menjamin masa depan?
Faizal:Bagi saya setiap sukan ada ‘limit’, maksud saya usia seseorang atlet itu untuk terus beraksi. Kebanyakkan kuota umur dalam bidang ini sekitar 30 tahun, badan kita tidak selincah usia 20-an dan sebab itu saya telah membuat perancangan masa depan. Jika umur saya melangkau kuota tersebut,saya akan bekerja dengan TNB, mungkin sehingga pencen. Namun ini terpulang pada diri dan bergantung pada rezeki masing-masing, ada pemain yang meneruskan pengajian untuk bekalan masa depan perkara ini tidak dapat kita jangkakan namun atas tindakan dan perancangan sendiri.
SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan mengenai perkembangan hoki negara?
SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan mengenai perkembangan hoki negara?
Faizal:Baru-baru ini pasukan hoki negara tersingkir dalam perlawanan kelayakkan Olimpik. Perkara ini menunjukkan sedikit kemerosotan namun pasukan nNegara masih mempunyai peluang. Pasukan Kebangsaan telah menjuarai Piala Asia di Melaka Mei lalu, kemenangan ini membuktikan pasukan kebangsaan masih ada harapan untuk mara ke peringkat tertinggi.
SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan mengenai kemudahan sukan hoki di Malaysia?
SINAR HARIAN ONLINE: Pandangan mengenai kemudahan sukan hoki di Malaysia?
Faizal:Setakat ini bagi saya sudah mencukupi terutamanya di sekitar Kuala Lumpur, banyak kemudahan-kemudah yang cukup untuk kami menjalani latihan dan perlawanan. Khidmat jurulatih juga mencukupi buat masa ini, bagi saya khidmat jurulatih tempatan dan luar negara sama sahaja. Dahulu kita pernah menggunakan khidmat jurulatih luar dari Jerman namun hasilnya sama dengan khidmat jurulatih tempatan. Kesimpulannya khidmat jurulatih tempatan sudah memadai dan yang penting adalah sokongan padu rakyat Malaysia terhadap perkembangan sukan hoki.
SINAR HARIAN ONLINE: Harapan untuk sukan hoki negara?
SINAR HARIAN ONLINE: Harapan untuk sukan hoki negara?
Faizal:Saya berharap sukan hoki akan terus berkembang maju dan terus mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia. Saya berharap sukan hoki tidak diketepikan, semangat kesukanan perlu ada tanpa mengira kejayaan sebarang pasukan atau sukan itu sahaja, kita harus berfikir secara positif dan sentiasa memberi kata-kata semangat. Kejayaan itu bukan milik kami sahaja tapi milik semua termasuk negara, kami hanya sebagai duta kecil Malaysia, jika berjaya kami akan berkongsi bersama.
No comments:
Post a Comment