LAWATAN KERJA MENCETUS HUBUNGAN KERJASAMA ANTARA
MALAYSIA –VIETNAM DI DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI SUKAN SERANTAu
PUTRAJAYA, 11 SEPTEMBER 2012 : Bahagian Industri sukan telah menerima kunjungan rasmi dari seramai 4 orang delegasi Vietnam yang diketuai oleh Mr. Pham Ngoc Vien (Presiden of Vietnam Football Federation (VFF), Mr. Nguyen Danh Hoang Viet (Vice Rector of Bac Ninh Sport University), Mr. Luu Quang Hiep (Former Rector of Bac Ninh Sport University) dan Mr. Nguyen Hong Son (Vice Rector of VNU University of Economics and Bussiness).
Lawatan rasmi ini diadakan bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan industri sukan di sekitar negara-negara ASEAN termasuk Malaysia. Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perkembangan ini, Bahagian telah memberikan satu taklimat mengenai status semasa dan pembangunan industri sukan negara ini untuk dikongsi bersama para delegasi.
Antara perkara yang menarik perhatian para delegasi ini adalah sokongan serta inisiatif kerajaan Malaysia dalam memainkan peranan utama menggerakkan kesemua pemain-pemain industri sukan serta stakeholders ke arah satu matlamat yang sama iaitu menjadikan sukan sebagai sumber penjana ekonomi negara.
Berbeza dengan negara Vietnam, pembangunan industri sukannya tidak diterajui oleh mana-mana agensi namun perkembangannya dilihat sebagai positif dengan pembabitan dari pelbagai sektor swasta. Taklimat ini turut berkongsi maklumat mengenai persetujuan oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Sukan ASEAN mengenai pelaksanaan Tahun Industri Sukan ASEAN 2013 yang bakal mentransformasikan ekonomi serantau secara lebih efektif dan terancang.
Di akhir taklimat, kedua-dua belah pihak berbalas cenderahati sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran dan penghargaan kepada pihak tuan rumah.
No comments:
Post a Comment