Friday, April 12, 2013

Diskriminasi atlet paralimpik

Diskriminasi atlet  paralimpik    Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Hasihin (duduk) dan Ziyad (kiri), semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Atlet paralimpik - Hasihin Sanawi (pingat perak) dan Muhamad Ziyad Zolkefli (gangsa) juga cuma menerima keseluruhan RM300,000 dan RM200,000, jauh berbanding Chong Wei yang menerima RM500,000 dan Pandelela, RM300,000. 



Tanpa ganjaran berbentuk pencen, Hasihin menerima RM200,0000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan RM100,000 Amanah Saham Wawasan (ASW). 


Berbanding Pandelela, Ziyad pula sekadar menerima RM100,000 menerusi Shakam dan RM100,000 ASW. 


Tidak mahu mengulas isu perbezaan pencen dan ganjaran itu, Hasihin dan Ziyad bagaimanapun mengakui mereka kecewa dengan ganjaran yang lewat mereka peroleh. 


Saya bersyukur dengan pemberian ini walaupun sedikit kecewa kerana agak lewat. Saya akan membawa kedua ibu bapa menunaikan haji dan menjadikannya semangat kepada untuk terus berusaha mencapai keputusan terbaik, kata Hasihin yang memperoleh perak menerusi memanah acara recurve W1/W2 (kerusi roda). 


Ziyad yang memperoleh gangsa acara lontar peluru lelaki F20 (Intelectual Disability) pula mahu menjadikan ganjaran itu sebagai pembakar semangar memecah rekod dunia pada Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia di Perancis, Julai ini. 


Saya mahu membantu keluarga dan teringin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, katanya. 


Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selepas menyampaikan ganjaran itu di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam berkata ganjaran itu diharap menjadi inspirasi kepada atlet paralimpik lain

No comments:

Post a Comment