Friday, April 12, 2013

‘FAM perlu pulih imej dulu’


Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli gabungannya perlu memulihkan imej serta memperbetulkan sebarang kepincangan dalaman terlebih dulu jika mahu beralih ke arah pengurusan liga profesional.

Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong - salah seorang daripada ahli jawatankuasa penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 
“Sebenarnya sudah lama saya mencadangkan supaya liga profesional negara diuruskan oleh badan berasingan (daripada FAM),” kata Zolkples. “Malah saya berada dalam jawatankuasa sama di bawah Malaysia Super League (MSL), tetapi usaha mereka hanya sekerat jalan. 

“Kini FAM mahu kembali menyambung usaha itu dan saya rasa ia satu langkah positif ke arah memperkasakan kualiti bola sepak negara. Jadi FAM boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada prestasi pasukan kebangsaan.” 

Lebih mesra penaja 

Antara individu yang gigih berusaha menjadikan Liga-M lebih profesional sebelum ini ialah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, namun usahanya terbantut selepas digantung 30 bulan sejak April tahun lalu kerana melanggar statut FAM (Artikel 88). 

“FAM dan ahli gabungannya perlu lebih mesra penaja. Kebanyakan syarikat korporat besar tidak mahu terikat dengan badan atau persatuan yang banyak masalah dan imej itu perlu diperbetulkan,” kata Zolkples. 
“Saya lihat tidak mustahil untuk merealisasikan rancangan ini pada masa depan. Ia boleh berlaku dalam dua bulan atau dua tahun, tetapi setiap individu perlu menyokong padu usaha ini. Persatuan dan kelab perlu lebih terbuka dengan perubahan yang cuba dilakukan.” 

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM Rabu lalu, badan induk bola sepak negara itu menyenaraikan nama ahli jawatankuasa penswastaan liga yang turut dianggotai wakil dari pertubuhan lain dan universiti tempatan. 

Dengan Liga Super masih berada dalam kategori D mengikut piawaian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), usaha menswastakan liga dilihat mampu melonjak liga utama negara itu ke tahap lebih baik sekali gus melayakkan pasukan tempatan beraksi di Liga Juara-Juara AFC pada masa akan datang. 

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli gabungannya perlu memulihkan imej serta memperbetulkan sebarang kepincangan dalaman terlebih dulu jika mahu beralih ke arah pengurusan liga profesional.

Saranan itu dibuat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong - salah seorang daripada ahli jawatankuasa penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. 
“Sebenarnya sudah lama saya mencadangkan supaya liga profesional negara diuruskan oleh badan berasingan (daripada FAM),” kata Zolkples. “Malah saya berada dalam jawatankuasa sama di bawah Malaysia Super League (MSL), tetapi usaha mereka hanya sekerat jalan. “Kini FAM mahu kembali menyambung usaha itu dan saya rasa ia satu langkah positif ke arah memperkasakan kualiti bola sepak negara. Jadi FAM boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada prestasi pasukan kebangsaan.” 

Lebih mesra penaja 

Antara individu yang gigih berusaha menjadikan Liga-M lebih profesional sebelum ini ialah bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, namun usahanya terbantut selepas digantung 30 bulan sejak April tahun lalu kerana melanggar statut FAM (Artikel 88). 

“FAM dan ahli gabungannya perlu lebih mesra penaja. Kebanyakan syarikat korporat besar tidak mahu terikat dengan badan atau persatuan yang banyak masalah dan imej itu perlu diperbetulkan,” kata Zolkples. 
“Saya lihat tidak mustahil untuk merealisasikan rancangan ini pada masa depan. Ia boleh berlaku dalam dua bulan atau dua tahun, tetapi setiap individu perlu menyokong padu usaha ini. Persatuan dan kelab perlu lebih terbuka dengan perubahan yang cuba dilakukan.” 

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM Rabu lalu, badan induk bola sepak negara itu menyenaraikan nama ahli jawatankuasa penswastaan liga yang turut dianggotai wakil dari pertubuhan lain dan universiti tempatan. 

Dengan Liga Super masih berada dalam kategori D mengikut piawaian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), usaha menswastakan liga dilihat mampu melonjak liga utama negara itu ke tahap lebih baik sekali gus melayakkan pasukan tempatan beraksi di Liga Juara-Juara AFC pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment